Muzik Nusantara
  • KULIT
  • ISI
  • HATI
    • HATI (MALAY)
  • JIWA
    • JIWA (MALAY)
  • RAGA

> RAGA > BINTANG MALAYA HAWAIIAN BAND > IRAMA BERSUKARIA DARI MALAYA (HAPPY MUSIC FROM MALAYA)


Bintang Malaya Hawaiian Band - Irama Bersukaria Dari Malaya (Front)
Bintang Malaya Hawaiian Band - Irama Bersukaria Dari Malaya (Back)
Bintang Malaya Hawaiian Band - Irama Bersukaria Dari Malaya (Side 1)
Bintang Malaya Hawaiian Band - Irama Bersukaria Dari Malaya (Side 2)


1 x Vinyl LP 10'' 33⅓ RPM Mono
Irama Bersukaria Dari Malaya (Happy Music From Malaya)
Bintang Malaya Hawaiian Band
Doli Tupaz (Conductor)
EMI Columbia
33ES 302
1958 The Gramophone Company LTD.
Made in England
​Singapore


NOTE: All tracks and images for album sleeves and vinyl labels contributed by Amir Raqim, KL, Malaysia.

Donate to the MN Fund to keep this website active:
Donate Now!

SLEEVE NOTES:

Irama Bersukaria Dari Malaya

Pencharagam Bintang Malaya Hawaiian Band ini ialah sekompolan ahli2 pemain2 musik yang terdiri dari 5 orang yang berpengalaman luas digelengang musik dan yang pandai bermain lagu2 Melayu dan barat.

Ketua pencharagam-nya, iaitu Doli, ialah salah sa’orang daripada penyanyi2 Kronchong yang telah lama dikenali serta mashor. la telah beristri dengan arwah Che’ Dinah, iaitu bintang penyanyi piring hitam yang terkenal, dan Doli pada masa itu telah di-iringi dengan menerima sokongan nyanyian-nya dari Che’ Dinah. Sebelom peperangan yang kedua, Doli juga ialah sa’orang bintang penyanyi piring hitam yang terkenal, dan pada masa itu jugo Doli telah berjaya mendapat gelaran Johan bintang penyanyi didalam pertandingan Kronchong yang telah diadakan di-Singapura.

Semasa Jepon mengawal Singapura, Doli bermula mendirikon pencharagam Bintang Malaya Hawaiian Band ini dan telah berjaya bermain di-serata2 tempat2 hiboran di-Singapura, tetapi pencharagam ini, telah dibatalkan oleh keraja’an Jepon kerana bermain lagu’ barat. Selepas peperangan pula, pencharagam ini terus menerus sekali lagi bermain di-serata2 tempat hiboran di-Singapura dan selonjut-nya telah mendapat pujian2 dari seluroh negri ini. Maka semasa bermain di-Hotel yang terkemuka pada suata masa, pencharagam ini telah dijumpai sebagaimana selanjut-nya diberl rakaman piring hitam ini yang berirama bersuka ria dan dengan rakaman ini dapal-lah pencharagam ini mengenalkan pendirian mereka berserta negri Malaya.

Sekarang marilah kita mengenalkan Doli dengan pencharagam-nya. Selain daripada ketua pencharagam ini, ia-itu Doli, yang mana tuan2 dan puan2 telah mendengar darihal-nya, dan bermain Hawaiian Guitar dan menyanyi lagu2 dipiring hitam ini, ialah Tony Danker bermain Electrik Guitar; Charlie Danker bermain Spanish Guitar; Jimmy Topaz bermain drums dan Anday Undason bermain Double bass.

Jimmy Topaz menyokong dengan nyanyian-nya dalam lagu:— “Bengawan Solo”. ‘Nona Sayang Saya Sayang”, “Nona Pakai Bunga” dan “Chinta di Hati".

Tuan2 dan puan2 akan bergembira apabila mendengar lagu2 yang terang dan beranginan2, serta chukop menyerukan hati tuan2 dengan berentak2-kan kaki tuan2 dan puan2.

Happy Music from Malaya

The Bintang Malaya Hawaiian Band is composed of five versatile musicians from this country who specialize in the playing of Malay as well as Western music.

The leader, Doli, is one of the veterans of the renowned “Kronchong" singers. He wos married to the celebrated recording star, the late "Miss Dinah", and received much encouragement from her in his singing. He was a recording artiste before the war having earned first place in two Kronchong Competitions held in Singapore. During the Japanese occupation he formed the Bintang Malaya Hawaiian Band and this played in various night clubs until they were forced to desist by the Japanese for playing Western tunes. After the tiberation this Band became even more popular and circulated the various night spots in Singapore. It was in one of the leading Hotels that the Band was "discovered" again and recordings of these happy numbers identify themselves with the personalities of the boys themselves os well as with Malaya. Let us introduce them to you. Besides leader Doli, of whom you have already heard and who plays the Hawaiian guitar and sings, a prominent member is Tony Danker on the electric guitar, with Charlie Danker (Spanish guitar), Jimmy Topoz (Drums) and Anday Undason (Double bass).

Jimmy Topaz assists with vocals in:- “Bangawan Solo”, "Nona Sayang Saya Sayang", “Nona Pakai Bunga” and "Chinta di Hati"’.

You will enjoy listening to this music which is bright and breezy, enough to set the pulses racing and the toes tapping.

KUMPULAN LAGU MALAR SEGAR

collection of evergreen songs
Picture
KULIT   ISI   HATI   JIWA   RAGA
© 1998 - 2020 MuzikNusantara by Hamlau