Lagu bertanda (cd) adalah dari sumber cekera padat, tidak kira album kompilasi atau sebaliknya. Maklumat ini adalah agar anda boleh cuba mendapatkannya di tokoh CD (jika masih dalam pasaran). Yang tiada bertanda adalah dari sumber piringhitam atau kaset.
Senarai lagu menurut album di atas adalah dengan kerjasama Yudhie (ahli MN) - Terimakasih bro. Mengikut Yudhie juga beberapa album Ernie Djohan diedarkan secara berasingan oleh syarikat pengedar yang berlainan. Misalannya sebahagian album-album awal yang diterbitkan oleh Remaco (Indonesia) juga diedarkan oleh Philips/Popsound, Keris, Remaja, Bintang Tiga, SEAN dan satu dua label lagi. Ada untuk edaran lokal dan sebahagiannya untuk edaran asing. Kadangkala, untuk beberapa edaran, satu rekod LP lapan kerat dipisahkan menjadi dua EP empat kerat atau kadang-kadang kandungan lagu-lagunya berbeza. Hamlau cuma dapat sertakan apa yang ada dalam simpanan Hamlau. Jika sesiapa mempunyai imej kulit album yang berbeza dari yang telah Hamlau sertakan dan jika sudi menyumbang, sila hubungi Hamlau. Begitu juga pada lagu-lagu berwarna kelabu - diharapkan sumbangan ikhlas pada siapa yang ada dalam simpanan. Didahului dengan terimakasih.
Jika tidak ketemui yang ori dan ingin bantuan dari Hamlau untuk mendapatkan lagu-lagu ini, sila hubungi Hamlau, Insya Allah dapat Hamlau usahakan.
Komen?
Rangkaian
Forum MN - Perbincangan tentang Ernie Djohan
Multiply Blog - Catatan awal karir Ernie Djohan
Lelaman Jepun - Beberapa kulit album Ernie Djohan
YouTube - Beberapa video Ernie Djohan
Hassny - Pujaan Ernie Djohan & Lilis Suryani
Kembali ke Ruangan Utama Ilham Pujangga
|