Anda tentu bertanya - Kenapa ada lagu yang boleh dimuat-turun dan sebahagiannya tidak boleh? Pada permulaannya, hamlau hanya hendak mempamerkan lagu-lagu yang hanya terdapat dalam koleksi peribadi hamlau sahaja dan semestinya yang sedap didengar sahaja (yang mana hamlau beri muat-turun di sini). Tetapi memandangkan banyak lagi lagu Lilis Suryani yang belum pernah dapat dinikmati ramai, maka hamlau berusaha lebih untuk menambah apa yang ada.
Semua lagu yang dipamerkan di sini adalah dari sumber rekod, kaset dan beberapa sumbangan MP3 dari ramai peminat Lilis Suryani. Sebahagiannya pula adalah kebas-turun dari lelaman lain (ada yang dengan kebenaran tuanrumah dan ada yang tidak - Biasalah tu! ). Versi yang hamlau sertakan di sini adalah yang telah dibersihkan sedaya yang hamlau tahu melakukannya. Semoga berpuas-hati.
Beberapa album Lilis Suryani telah diedarkan secara berasingan oleh syarikat pengedar yang berlainan. Misalannya lagu-lagu yang dirakamkan oleh Remaco dan Mutiara, kemudiannya dicetak semula di Singapura dan diedarkan oleh Philips dengan nombor siri RE-112... Kemudiannya oleh PopSound dengan siri PRE... Rakaman asal yang dibuat di Singapura oleh Philips menggunakan siri PE-437... (untuk EP) dan oleh PopSound dengan siri 641... (untuk LP). Kadangkala, untuk beberapa edaran, satu rekod LP lapan kerat dipisahkan menjadi dua EP empat kerat atau kadang-kadang kandungan lagu-lagunya berbeza. Terimakasih kepada bro Yudhie kerana info tersebut dan untuk kebanyakkan maklumat tentang lagu-lagu. Hamlau cuma dapat sertakan apa yang ada dalam simpanan Hamlau. Jika sesiapa mempunyai imej kulit album yang berbeza serta lagu-lagu lain yang belum terdapat di sini, jika sudi menyumbang, sila hubungi Hamlau. Didahului dengan terimakasih.
Jika tidak ketemui yang ori dan ingin bantuan dari Hamlau untuk mendapatkan lagu-lagu ini, sila hubungi Hamlau, Insya Allah dapat Hamlau usahakan.
Komen?
Rangkaian
Perbincangan tentang Lilis Suryani dalam forum MN.
Wikipedia - Sedikit informasi tentang Lilis Suryani
Youtube - Beberapa video Lilis Suryani
From Mazef's Collection - Riwayat Ringkas Lilis Suryani
From Mazef's Collection - Mazef's Playlist
Situs Jadul - Lilis Suryani
Hassny -Pujaan Pop 60'an Ernie Djohan dan Lilis Suryani.
Mesin Taip Buruk - Lilis Suryani
Kapanlagi.com - Lilis Suryani
Carlito's Blog - Lilis Suryani
Kembali ke Ruangan Utama Ilham Pujangga
|