> RAGA > R. AZMI > IRAMA HINDUSTANI MELAYU (HINDUSTANI RHYTHM IN MALAY)
1 x Vinyl LP 10'' 33⅓ RPM Mono
Irama Hindustani Melayu (Hindustani Rhythm In Malay) R. Azmi EMI Columbia 33ES 301 1957 The Gramophone Company Ltd Made in England NOTE: If you've enjoyed the free content presented, kindly donate to the MN Fund to help us get more resources. Click below to donate: |
A1. Original Song: “Mera Salam Leja” by Lata Mangeshkar from the film “Udan Khatola” (1955).
A3. Original Song: “Jeena Hai Kya Koi Kya Jane O Diwane” by Asha Bhosle from the film “Miss Coca Cola” (1955). B3. Original Song: "Andhe Jahan Ke Andhe Raste" by Talat Mahmood from the film "Patita" (1953). |
SLEVE NOTES:
Irama Hindustan Melayu
Malaya ialah sebuah negeri yang pendudoknya terdiri dari berbagai2 bangsa dan kebudayaan. Salah satu kebudayaan yang banyak hubongannya dengan anak negeri Malaya, iaitu orang Melayu, ialah kebudayaan India. Dan apabila berchakap berkenaan dengan kebudayaan, maka termasoklah didalamnya, seni lagu.
Jika sasaorong itu mendengar betol2 lagu2 Melayu, tak dapat tiada dia akan mendapati lagu2 itu mempunyai rentak barat, atau rentak Arab ataupun irama Hindustan. Semenjak kira2 delapan tahun dahulu menekala lagu2 Hindustan telah "melanggar" negeri Melayu, maka lagu2 itu telah berjaya menawan beribu2 peminat. Pendek kata, banyak penyanyi2 Melayu sekarang ini yang betol2 pandai menyanyikan lagu2 Hindustan.
Salah saorang biduan yang banyak sekali mempopularkan lagu2 Hindustan dinegeri ini ialah R. Azmi. "R" yang terlekat pada awal namanya itu berarti Raja. Azmi ialah dari keturunan raja2. Sesunggohnya, Azmi pandai menyanyikan sebarang jenis lagu juga, tetapi didalam lagu2 Hindustanlah namanya telah meningkat tinggi.
Dalam sampol ini kita dapati sepuloh buah lagu Hindustan nyanyian Azmi, iaitu lagu2 yang telah dinyanyikannya menurut charanya yang tersendiri. Semua lagu2 ini telah dirakamkan pada piring2 hitam biasa, dan kesemuanya telah mendapat sambutan yang luarbiasa dari penggemar2 lagu Hindustan.
Sekianlah sedikit sebanyak tentang diri dan kebolehan Azmi. Sekarang marilah kita tinjau pula lagu2 yang dinyanyikannya. Pada muka satu, Azmi menyanyikan lima buah lagu— "Hello Hello Soyang"; “Aku Merana"; “Hore Hore Samba"; "Tidak Beribu"; dan “Rindu Dendam".
Pada muka dua pula, R. Azmi menghidangkan lagi lima buah lagu, iaitu “Ali Baba"; “Kaseh Mesra”; "Ayer Mata Kaseh”; “Ratapan Hati"; dan “Puteh Kuning".
Hindustan Rhythm In Malay
Malaya is a happy country including many races and cultures. One of the cultures that has so much in common with those of the indigenous people of the Malay Peninsula comes from India.
Listening to Malay music, one will find that some songs have the Western touch, some the Arabian tempo and others the Hindustani rhythm. Eight years ago when this country started its own motion picture industry and more and more Hindustani films "invaded" Malayan shores, Hindustani songs and rhythm captured the hearts of many a Malay record-buyer and cinema-goer. As a matter of fact, there are many Malayan singers today who are equally at home both in Malay and Hindustani songs.
One of the most versatile singers to popularise Hindustani songs in this country is crooner-film actor R. Azmi. Incidentally, the "R" is for Raja. This handsome singer comes from one of Malaya's royal households. Azmi is good in any type of song, but today he is identified with Malay lyrics, set to Hindustani Music.
In this record you will find ten of Azmi's Hindustani favourites sung in his inimitable style.

KUMPULAN LAGU MALAR SEGAR
collection of evergreen songs